Hidup Mesti Terus... (^O^)v Ju$tW@n!E

Tuesday, February 28, 2006

ENTITI EPISOD 707

yuuhuuu.... aku kembali utk menceriakan blog aku...huhu
eh, lupe nk bg salam... assalamualaikum...

sihat ekk...yess! harap sihat la yer..klu tak sihat tu... pandai korang la g klinik ke..umah tok bomoh minta air penawar ke..hape2 ker..tak pun dtg je umah aku..aku bg penampar jepoon setampar dua..keh keh keh..gerenti baik punye..

wess ape aku melalut ni..kuang kuang kuang ..sebenarnye aku boring ni... igt nk mekapkan blog aku ni..kasi cantekk moleekk skit(ppssttt... jeles la gak tgk blog2 org lain sumer... waaa..cantik + lawa2 nooo)..tp aku malas nk explore.. kapla otok aku ni dah penuh ngn mcm2 mende.... tgk pc pun aku dah naik mual.. rase nk hempot je pc ni.. tp aku masih berada di tahap kewarasan yg sikit lagi nk mencapai paras berbahaya dan rupa paras yg menawan ati. klu aku hempot pc ni, for sure aku kena jwb balik ngn boss aku..sape yg meng'enamjahanam'kan pc? aku jugak yg kena...aku jugak...~ so, any idea!??
wlupon aku malas..tp aku saje2 try tukar template..."niat di hati ingin mencantikkan...tp aku heran ke mane shoutbox aku sudah menghilang... di mane kah dikau sayang..." nak kata terdelete..lgsung tak masuk akal...

aarrgghhh...makin penin kapla aku... nnt la aku cari mane dia.. dah jd invisible shoutbox kut...
ataupunnnn....aaa... baru aku teringat.. td aku ade bg username n password blog aku kat seseorg... org tu adalah bakal bini bakal adik ipar aku si chitee... hehehe...saje minta tlg dia mekapkan blog aku.. coz aku malas..(ehem..sorry skit, aku bz daaa..)... chitee pandai mekap tau..(bodek sket~)... rupe2nye ko sabotaj aku ekk..kuang asam ko! TAPI dgn tetibanyer aku jadik malu sendiri dan perlahan2 mengesotkan diri aku di ceruk dinding sambil berfikir2 sendiri "bukan ke shoutbox tu hilang b4 aku bg password??!!".... misteri nusantara sungguh~

ala..shoutbox.. ko ilang pun aku leh cari lain laaa... pigi daa..
malas aku nk cari ko... lebih baik aku g bank, kuarkan duit juta2 pastu g makan nasi kandar..
hahahah...bestnyer~ tata!
(nak sedapkan ati...)

Tuesday, February 21, 2006

aku penat, letih, boring

assalamualaikum sumer...

ari ni sihat ke...
moga sihat la yer...
aku je rs lain mcm sikit ni...
penat... letih
dan boring...
termasuk sekali takde mood

wlupun demikian...
aku bersyukur...
sebab sepanjang hari ni...
x perlu jumpe boss...
hehehe..
aku amat bahagia sekali...

boss aku meeting laa...
bz sungguh dia...
hahahaha...

aku rase nk balik aje...
tp aku tau hidup memerlukan pengorbanan...
huahahaha...
wlupun aku rase x best duk opis...
demi tuntutan hidup..
aku teruskan jua..
yeyeye..

bak kate org...
"hidup mesti terus....!"
ntah hape2 ntah aku ni...
maybe dah terkena sindrom ^&*#@%7...
tata!

Monday, February 20, 2006

Wanita bertudung?

satu lagi artikel best utk dikongsi~

Wanita bertudung?

salam alayk...to all beaUtiFuLL gurls ouTside der...read dis till da eNd n think bout it...::Take ur TIME preciously but remember da time will not wait for u coz da Death is hovering over u... -->Kenaper ek pompuan cantek pakai tudung? Message:

1. kenape pompuan cantik pakai tudung.. sebab DIA NAK TUTUP AURAT
2. kenapa pompuan cantik pakai tudung.. sebab DIA JAGA MARUAH DIRI DIA
3. kenape pompuan cantik pakai tudung.. sebab DIA CANTIK
4. kenapa pompuan cantik pakai tudung.. sebab DIA X NAK TUNJUK KECANTIKAN DIRI DIA
5. kenapa pompuan cantik pakai tudung.. sebab DIA ANAK SOLEHAH
6. kenapa pompuan cantik pakai tudung.. sebab DIA DGR CKP IBU BAPA DIA
7. kenapa pompuan cantik pakai tudung.. sebab DIA HORMATI ORG LAIN
8. kenapa pompuan cantik pakai tudung.. sebab DIA TAKUT APABILA DIA X PAKAI TUDUNG.. ORG TGK DIA CANTIK.. DAN ADE NIAT YG X BAIK TERHADAP DIRI DIA
9. kenapa pompuan cantik pakai tudung.. sebab DIA X NAK DIMINATI RAMAI LELAKI SGT
10. kenapa pompuan cantik pakai tudung.. sebab X NAK NYUSAHKAN ORG LAIN
11. kenapa pompuan cantik pakai tudung.. sebab DIA NAK DPT PAHALA
12. kenapa pompuan cantik pakai tudung.. sebab DPT M'HINDARI MAKSIAT
13. kenapa pompuan cantik pakai tudung.. sebab SUPAYA DPT M'JADI CONTOH PD POMPUAN LAIN
14. kenapa pompuan cantik pakai tudung.. sebab SUPAYA LELAKI YG BERIMAN JE YG SUKE DIA
15. kenapa pompuan cantik pakai tudung.. sebab DGR SURUHAN NABI
16. kenapa pompuan cantik pakai tudung.. sebab DPT MENGURANGKAN NAFSU LELAKI
17. kenapa pompuan cantik pakai tudung.. sebab RAMBUT POMPUAN ADALAH MAHKOTA BAGINYA.. JD JGN SEWENANG2NYA MENUNJUK KPD LELAKI.. KERANA JIKA ANDA MENUNJUKKANNYA BERMAKNA ANDA X BERNILAI(lowclass)...(no offence hah..)KERANA MAHKOTA ANDA TLH DILIHAT OLEH SUME LELAKI(kecuali keluarga)
18. kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab DIA X NAK RAMBUT DIA DITARIK,DIGANTUNG DGN BARA2API DAN DIBAKAR DGN DASYAT KAT AKHIRAT KELAK

"JADI POMPUAN DILUAR SANA BERAMAI2LAH MEMAKAITUDUNG KERANA ANDA SEBENARNYA LBH CANTIK JIKAMEMAKAI TUDUNG SESUNGGUHNYA ALLAH SUKA AKAN HAMBANYA YG MENGIKUT PERINTAHNYA"

sumber dari: http://khazinatulasrar.blogdrive.com <---best blog nih!

Tutuplah Auratmu Sebelum Kain Kafan Membaluti Tubuhmu


Assalamualaikum..

Just nak kasi pendapat. orang yang bertudung tapi still pakai baju ketat ni memang sebenarnya tak elok. di samping tak penuhi kehendak syarak dia orang ni sekaligus menjatuhkan imej orang bertudung. sebab tu respect orang kat perempuan yang bertudung dah hilang. pada saya, orang macam ni mungkin tak faham hakikat tudung ni. mereka tak anggap bertudung sebagai satu aktiviti dakwah kecil yang besar manfaatnya pada Islam. Kat sini saya nak kongsi satu cerita yang saya dapat dari satu laman web. (dah diubah suai sebab bhs indon)

KISAH BENAR

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun, perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ib! u.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "Cuba mama tengok, jiran-jiran kitapun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya "Ya Allah, kenalkan Annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru p! indah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu Khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya,"Abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"

Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemu! dian, dia minta ibu buatkan tudung. tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunatnya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ! ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati
berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam
rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas
memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini..

Perubahan yan! g terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri..di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini:

Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa : Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari
"Mak Cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari
lubuk hati

Annisa : Tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai
tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaika! n saya tak pernah rasa nak pakai tudung.....pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa : Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik
tudung itu sendiri yang harus kita fahami

Annisa : Apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi
mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudh! arat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati
kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. tulah hakikat tudung

Annisa : Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah-mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai Nisa..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manus! ia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi , antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk sep! erti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang Mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung. . . . . Allah SWT .

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta , tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , ! wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikku
disisinya..Amin

Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.
Wassalam...



sumber dari: org yg antar e-mail kat aku..

p/s---> so, moralnyer no excuse dlm menjalani perintah Allah...
sesungguhnye Allah SWT Maha mengetahui apa yg terbaik buat hamba2 yg beriman
ade org kate "perempuan bertudung tak semua baik..."
so, mmg betul pendapat tu...cume aku nak tambah skit...

"perempuan bertudung mmg tak semua baik tapi perempuan yg tak pakai tudung mmg terang-terangan tak baik..."
ye la..melanggar perintah Allah tu baik ke.......?

Puisi untuk para suami yg nak kawin lagi

***Puisi Suami yg minta izin Poligami***

Isteriku, jika engkau bumi, akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku.
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku. Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi, malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu.. Relakanlah aku menyinari planet lain, menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain...


***Balasan Puisi sang isteri***

Suamiku, andai kau memang mentari, sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang telah
TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahaya mu dan aku pun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...


AKAN TETAPIIIIIIII..

Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu... MATAHARI atau lilin ?


please lah...!!!

Thursday, February 16, 2006

Aku tujukan utk korang... Makna Cinta dan Perkahwinan dlm kehidupan-Plato dan muridnya

Suatu ketika plato terlibat pembicaraan dengan gurunya...
Plato mempertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab: "masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu batang ranting yg menurutmu paling baik,tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang.
Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut".

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang rantingpun.

Gurunya bertanya, maka jawab Plato:"Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yg bagus, tetapi saya berpikir barangkali didepan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yg sudah saya tinggalkan tadilah yg terbaik. Maka saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa."

Guru itupun berkata:"itulah cinta"

Lalu Plato pun bertanya apa makna perkawinan Gurupun menjawab:"Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau pikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan." Maka masuklah Plato ke dalam hutan & keluarlah Plato dengan membawa pohon yg tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.

Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato: "Saya dapati pohon yang indah daunnya, besar batangnya...tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan...akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya temukan pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya pikir mampu membawanya karena mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini didepan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini karena saya yakin bisa merawatnya & menjadikannya indah."

Lalu sang guru berkata:"Itulah makna perkawinan."

Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon beserta rantingnya didalam hutan, tapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih...tidak satupun akan kita dapati, karena kesempatan itu hanya sekali & kita harus terus maju sperti waktu yg bergulir ke depan yg tidak pernah tersimpan pada hari kemaren & bersemayam pada masa lalu kita.

petikan daripada: ntah aku pun tak tau... aku copy dari mailbox aku je...

Tuesday, February 14, 2006

Aku malas...


hari ni kengkawan... aku malas sgt nak wat keje..
kan ke aku tgh hadapi konflik ni.. wat2 tanye lak~
sebab tu la aku malas... malas yang teramat
so, aku mengambil kesempatan di atas kemalasan aku ni.. utk meng'update'
blog aku yg cute lagi miut ni...
(... sape yg kate aku perasan arrr...)

ni aku nak kongsi luahan rase aku nih...
bace ye jgn tak bace.. ni aku dapat idea from adik aku nyer blog
tp aku ubah la skit..nnt dia ckp aku copycat 100% lak.. kan..kan..kan
ok, dah bersedia sumer?
orait...

5 org yg ingin aku hampot(klu diberi peluang...)
1. org gile kuasa kat opis aku
2. pn. XXX (nama sebenar terpakse dirahsiakan atas sebab keselamatan dalam opis)
p/s utk makluman, org no. 1 ngn 2 adalah same person
3. org2 yg lukis karakatur Nabi Muhammad SAW dan org yg bagi arahannya
4. bakal diisi
5. bakal diisi


wesss....aku continue lain kali la yer... tetiba je aku rase lapar gile...
pagi td, akibat sakit ati, aku mogok lapar sekerat ari
ok chow!

Aku tak suka...(cam nak makan org jerk...!!)

huh... aku tak suka betul la suasana keje cam skrg ni.
betul la kate org2 tua.. byk org byk ragam..
aku ni bukannye suka sgt ngata org..
tp klu org tu lebeh2 sgt dan perasan bagus... sape boleh tahan kan..

igt sekali cam nak melarikan diri ke planet zargus jerk..
tp aku tau it's not the best solution..
sampai bile aku nk melarikan diri kan..
org tu takde ape2 ...aku lak yg terseksa rohani dan jasmani
huahahhaha~

so, aku bagi le sedikit motivasi kat diri aku nih
org tu pun manusia gak, aku pun manusia gak
klu dia tu perasan baguih sgt..lantak pi dia la..
janji keje aku beres...
dan aku harap aku leh challege dia dari mase ke semase..
huahahah~
bolayan la dia tu

inikah yang dikatakan konflik dalam organisasi???
aku penah hadir seminar pasal ni, tp mase tu aku takde konflik lagi... huaahaha
so, tak amik posing sgt la~

aku sentiase igt kata2 ni
ALLAH tak pernah membebankan makhluk-Nya dgn ujian yg tidak dpt dihadapinya
ALLAH SWT maha adil
ini semua Cobaannnn...~ teringat lak citer P.Ramlee tu
Aku boleh hadapi semua ini...
wlu apapun terjadi... hidup mesti terus!
dan aku always remember that... doa org2 teraniaya sentiase dimakbulkan ALLAH..
teraniayakah aku ni... :(
sabar... sabar... sabar
berSABAR dgn ujian..
SABAR itu separuh dari iman.. tul tak?

Wednesday, February 08, 2006

Aku benci VIRUS dan ape2 saje yg JAHAT a.k.a tak guna!


Menghindar Ancaman Virus
Sebagai pengguna komputer, ada beberapa langkah yang dapat kita lakukan untuk menghindari sistem kita dari ancaman virus ataupun akibat-akibat buruk yang ditimbulkannya:

Pasang Anti Virus pada sistem anda
Sebagai perlindungan di garis depan, penggunaan anti virus adalah wajib. Ada banyak anti virus yang berada di pasaran pada masa ini. Antaranya adalah McAfree VirusScan (www.mcafee.com) dan Norton Anti Virus (www.symantec.com).

Update database program anti virus secara teratur
Ratusan virus baru muncul setiap bulan. Usahakan untuk selalu meng-update database dari program anti virus yang anda gunakan. Database terbaru dapat dilihat pada website perusahaan pembuat program anti virus yang anda gunakan.

Berhati-hati sebelum menjalankan file baru
Lakukan scanning terlebih dahulu dengan anti virus sebelum menjalankan sebuah file yang didownload di internet atau menyalin data dari orang lain. Apabila anda biasa menggunakan e-mail, berhati-hatilah setiap kali menerima attachment dalam bentuk file executable. Waspada terhadap file-file yang berjenis: *.COM, *.EXE, *.VBS, *.SCR, *.VB. Jangan membukanya sebelumsebelum melakukan scanning dengan software anti virus.

Curigai apabila terjadi keanehan pada sistem anda
Menurunnya prestasi sistem secara drastik, khususnya semasa melakukan operasi pembacaan/penulisan file di disk, serta munculnya masalah pada software semasa dijalankan, ia boleh menjadi tanda-tanda bahawa sistem anda mungkin dijangkiti virus.

Backup data anda secara teratur
Tips ini mungkin tidak secara langsung menyelamatkan data anda dari ancaman virus, namun demikian akan sangat berguna apabila virus betul-betul menyerang dan merosakkan data di komputer yang anda gunakan. Setidak-tidaknya dalam situasi tersebut, anda tidak akan kehilangan seluruh data yang telah anda backup sebelumnya.

e-sumber: http://www.geocities.com/azizn9/artikel2.html

p/s: pastikan pc anda bebas dr virus, jgn tau pakai pc je...

Tuesday, February 07, 2006

Aku Masih Ade...


akum kengkawan....dah lame aku tak meng'update'kan blog aku nih... aku tau korang tentu rinduuuuu sesgt kat aku kan..kan kan..? tambah2 pulak adik aku yg sorang tu... jgn la camtu...hik hik hik...

buat makluman sumer, aku masih ade lagi la... cume aku bz sket maklum le wanita berkerjaya la katakan...huhuhu! aku skrg dah kat unit baru...byk keje kena settle...tu yg tak sempat nak update aku nyer blog nih.. lgpun byk bende yg buat aku rase tak tenteram skit skrg ni.. but i believe i can solve that problem...but maybe it's will take a lot of time....(cheyyy... betul ke aku speaking... oooppps, i mean writing... huahaha~)

ok le... aku nk mendiamkan diriku buat sementara waktu... boring dah aku ngadap pc nih... kang tak pasai2 aku kompang pc nih baru tau!

adiossssssssss!